Akhirnya...pada hari ini 3 April 2013, pukul 11.30 pagi...YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembubaran parlimen...
Sebelum tu saya diarahkan oleh Pegawai, Cik Norhanah untuk memaklumkan kepada semua Stesen Radio Nasional dan Negeri supaya bersiap sedia untuk mengambil ucapan PM secara langsung...seperti biasa surat dikeluarkan dan diedarkan kepada semua stesen radio RTM...untuk stesen Nasional seperti NASIONALfm, Klasik Nasional, TRAXXfm, MINNALfm, AIfm, ASYIKfm, KLfm dan SELANGORfm saya pergi ke pejabat untuk serahkan sendiri manakala untuk stesen negeri biasanya saya faks je....
setelah selesai buat edaran, saya pon sambung buat kerja mencari maklumat terbaru PRU13....
hihihi sebelum tu saya sempat update status kat FB: Kepada Anggota Urusetia Pilihan Raya Umum Ke-13-Bahagian Program Radio...Sukri Mohammad, Dilla Nawawi, Hanna Noordin, Ros Maizura Yahaya, Ayoi Yuhanies Mj dan lain-lain...Semoga Berjaya, RTM Tetap Unggul....:)
cukuplah sedikit coretan daripada saya untuk hari ini...:) semoga kita berjumpa lagi, salam hormat dari saya...ting tong, ting trang tang tang...bye,bye....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan