Khamis, 11 April 2013
PRU-13
Buat pertama kalinya mengundi dan buat pertama kali bertugas sebagai petugas PRU-13...satu pengalaman yang sangat mencabar...
Isnin, 8 April 2013
That Winter, The Wind Blows...
Rabu, 3 April 2013
PA 116 Diploma Teater (Seni Lakon) UiTM, Shah Alam
Mengimbau kenangan sewaktu di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Kampus Puncak Perdana...
Tiba-tiba saya rindu sangat kenangan ni...gambar diatas adalah kenangan sewaktu di semester 1...ce teka yang mana satu Bintang Kejora...hihihihihi waktu tu memang fesyen rambut pendek...nak tau tak sebab ape???
ni nak citerla ni, sebelum belajar di UiTM, saya adalah penuntut Matrikulasi Arau, Perlis..kos akaun...uuuhhhh terus terang saya cakap belajar di Universiti jauh berbeza belajar di Matrikulasi...semasa di Matrikulasi, waktu tidur saya hanya 3-4 jam..waktu lain saya hanya mengulangkaji pelajaran dan waktu makan, mandi, solat...tiada masa nak tgk TV, shopping dan sebagainya...jam 6.30 saya da bangun untuk bersiap sedia ke kuliah...waktu itu di Matrikulasi kami panggil Tutorial..ingat lagi saya ditempatkan di A4T2...kelas akaun 4 tutorial 2...di sebabkan itula saya mengambil keputusan untuk berambut pendek, senang, cepat, mudah, pantas...dan sewaktu dengannya....:)
Semester terakhir di Matrikulasi Arau, saya telah mengambil keputusan untuk menuntut di UiTM kerana minat dalam bidang seni...antara bidang yang saya pilih ialah masscom, seni persembahan termasuklah seni layar, pengurusan seni dan seni lakon...akhirnya saya telah ditempatkan di Fakulti Seni Persembahan dalam bidang Teater (seni lakon)...alhamdulillah...3 tahun di UiTM banyak ilmu yang saya pelajari antaranya pengarahan teater, vokal, seni lakon, hihihiii yang paling best saya ada belajar subjek make-up pentas...hihiihiii nak tgk tak saya make-up....
ade rupe bear tak???
saya memegang watak sebagai megaphone dalam teater roh anai-anai...
Teater kanak-kanak
kenangan selepas habis pementasan teater roh anai-anai di Istana Budaya...
Majlis Sidang Media Teater Roh Anai-Anai...
Kenangan sewaktu Majlis Sidang Media bersama Dekan Fakulti, Pensyarah Teater UiTM, Pengarah Teater
Pembubaran Parlimen
Akhirnya...pada hari ini 3 April 2013, pukul 11.30 pagi...YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembubaran parlimen...
Sebelum tu saya diarahkan oleh Pegawai, Cik Norhanah untuk memaklumkan kepada semua Stesen Radio Nasional dan Negeri supaya bersiap sedia untuk mengambil ucapan PM secara langsung...seperti biasa surat dikeluarkan dan diedarkan kepada semua stesen radio RTM...untuk stesen Nasional seperti NASIONALfm, Klasik Nasional, TRAXXfm, MINNALfm, AIfm, ASYIKfm, KLfm dan SELANGORfm saya pergi ke pejabat untuk serahkan sendiri manakala untuk stesen negeri biasanya saya faks je....
setelah selesai buat edaran, saya pon sambung buat kerja mencari maklumat terbaru PRU13....
hihihi sebelum tu saya sempat update status kat FB: Kepada Anggota Urusetia Pilihan Raya Umum Ke-13-Bahagian Program Radio...Sukri Mohammad, Dilla Nawawi, Hanna Noordin, Ros Maizura Yahaya, Ayoi Yuhanies Mj dan lain-lain...Semoga Berjaya, RTM Tetap Unggul....:)
cukuplah sedikit coretan daripada saya untuk hari ini...:) semoga kita berjumpa lagi, salam hormat dari saya...ting tong, ting trang tang tang...bye,bye....

Langgan:
Catatan (Atom)